
Assalamualaikum......
Inilah sejarah sekolah SMK Derma.....mai kita baca.....
Inilah sejarah sekolah SMK Derma.....mai kita baca.....
Sekolah Menengah Derma merupakan sekolah yang pertama di Perlis. Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Derma English School telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada bulan Januari 1949.
Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim hasil sumbangan derma daripada orang ramai melalui “Tabung Derma Pelajaran”. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya sebuah bangunan kayu beratap rumbia mengandungi 4 bilik darjah dan dua buah rumah guru. Jumlah muridnya 180 orang iaiti 129 lelaki dan 51 perempuan, Pengetua pertamanya ialah En. P.M. Ibrahim.
Pada tahun 1952, jawatankuasa sekolah telah memutuskan supaya pentadbiran sekolah diserahkan kepada kerajaan kerana masalah kewangan. Penyerahan ini dipersetujui dengan syarat nama “DERMA” dikekalkan.
askum...ada tak gambar En. P.M. Ibrahim,saya adalah cucu beliau..saya tak pernah lihat wajah beliau selama ini...
ReplyDelete