Friday, May 15, 2009
Thursday, April 16, 2009
Program Kawanku Buku
Koleksi gambar lawatan
Seramai 40 orang yang yang terdiri dari Pengetua dan Guru Besar dari daerah Kubang Pasu telah membuat lawatan penanda arasan PSS pada 27 April 2009 yang lalu.
Seramai 6 orang guru dan 38 pelajar dari SMAP Kajang telah melawat PSS SMKD.
Banyak idea dikongsi bersama dan boleh diaplikasikan pada PSS masing-masing.

Seramai 5 orang guru dan 35 pelajar telah melawat PSS SMKD pada 6 Mac 2009 yang lalu.
Banyak input dikongsi antara kedua-dua buah sekolah bagi penambahbaikan PSS.
Lawatan ini melibatkan guru GPM, Pn. Farehah , pengawas PSS dan Pembantu Tadbir, Pn Norhabibah Ahmad.
Perpustakaan Desa Paya Kelubi telah memenangi Anugerah Perpustakaan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan .
Wednesday, April 15, 2009
Orientasi Tingkatan 1
Taklimat disampaikan oleh GPM iaitu Pn Farehah bertempat di Dewan Syed Mahmood.
Semua pelajar baru tingkatan 1 terlibat. Di akhir sesi taklimat diadakan sesi soal jawab dan mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pelajar baru. hadiah diberikan kepada pelajar yang menjawab dengan betul....
Kempen Galakan Membaca
Inilah PSS SMK Derma
sejarah sekolah

Assalamualaikum......
Inilah sejarah sekolah SMK Derma.....mai kita baca.....
Inilah sejarah sekolah SMK Derma.....mai kita baca.....
Sekolah Menengah Derma merupakan sekolah yang pertama di Perlis. Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Derma English School telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada bulan Januari 1949.
Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dato’ Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim hasil sumbangan derma daripada orang ramai melalui “Tabung Derma Pelajaran”. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya sebuah bangunan kayu beratap rumbia mengandungi 4 bilik darjah dan dua buah rumah guru. Jumlah muridnya 180 orang iaiti 129 lelaki dan 51 perempuan, Pengetua pertamanya ialah En. P.M. Ibrahim.
Pada tahun 1952, jawatankuasa sekolah telah memutuskan supaya pentadbiran sekolah diserahkan kepada kerajaan kerana masalah kewangan. Penyerahan ini dipersetujui dengan syarat nama “DERMA” dikekalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)